Salam muslimin dan muslimah... sempena hari raya korban ini, saya nak tanya...berapa ramai anda diluar sana yang ada buat korban? Haaa...korban ni bukan setakat sembelih lembu, kambing berekor-ekor, tapi korban pun boleh dibuat dengan niat ikhlas dari segi pengorbanan anda sendiri. Maksudnya, pernahkah anda membuat pengorbanan demi seseorang? Mungkin demi agama? Demi bangsa dan negara? Jadi janganlah anda alpa kepada pengorbanan yang boleh kita ambil ikhtibar setiap hari. Seorang ibu mungkin mengorbankan masa tidurnya untuk menyediakan sarapan pagi buat anak-anak dan suami tercinta, seorang pemuda mengorbankan masa remajanya untuk menjadi seorang tentera agar dapat menabur bakti dengan bangsa dan negara dan banyak lagi... Jadi ingatlah...pengorbanan di dalam Islam besar pahalanya dan merupakan perbuatan terpuji disisi Allah...Signing out.TheWonderWoman.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
No comments:
Post a Comment